Penyelaras Parti Pejuang Tanahair Parlimen Batu Sapi, Shamsuddin Chinu yakin dan percaya rakyat di kawasan berkenaan tidak lagi mahu orang luar yang menerajui mereka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Ini kerana, berdasarkan gerak kerja serta pemantauan ke akar umbi rata-rata rakyat mahukan anak jati batu sapi sendiri untuk diketengahkan, samada sebagai pemimpin atau pun calon.